Isnin, 30 Januari 2012
pengalaman pertama mengakses maklumat melalui internet
Pengalaman pertama saya
dalam mengakses maklumat melalui internet ialah semasa berusia 11 tahun. Ketika itu saya tidak mempunyai komputer riba
secara peribadi sebaliknya saya mula mengakses internet di sekolah. Kelas tersebut diajar oleh seorang guru wanita
yang bernama Cik Shahreen. Pada mulanya saya diajar untuk mengenali internet
explore yang dijadikan enjin carian bagi mencari pelbagai maklumat. Maklumat
pertama yang telah saya akses ialah berdasarkan tajuk tugasan yang telah
ditentukan oleh guru saya. Maklumat yang perlu diakses ialah tentang teknik
menghasilkan kad hari ibu. Pada mulanya berlaku pelbagai salah tafsiran
maklumat kerana kekurangan kemahiran
mencari maklumat. Namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru, saya telah dapat
mencari maklumat tentang tajuk tersebut daripada beberapa laman, antaranya ialah http://praskus.blogspot.com, http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_rencana&file
dan http://www.google.com.my/mother's+day+card&btnG.
Pada
ketika itu saya telah terfikir bahawa pencarian maklumat melalui kaedah
mengakses di internet merupakan satu kaedah pencarian yang sangat efektif dan
cepat. Pelbagai jenis kad hari ibu telah saya akses daripada internet antaranya:
Contoh kad hari ibu
takrif internet
Apakah Pengertian Internet?
Internet sendiri berasal dari kata interconnection-networking,
yang merupakan sistem global dari seluruh jaringan komputer yang saling
terhubung dengan menggunakan standard Internet Protocol Suite (TCP/IP) untuk
melayani berjuta pengguna di seluruh dunia. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar)
ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP
sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol).
Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan
rangkaian adalah dengan kaedah yang dinamakan internetworking.
Pengertian internet dari
segi ilmu pengetahuan pula, internet adalah sebuah perpustakaan besar yang
didalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang dapat berupa teks, grafik,
audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Semua orang boleh
berkunjung ke perpustakaan tersebut pada bila-bila masa sahaja serta dari mana
saja, jika dilihat dari segi komunikasi, internet adalah satu kemudahan yang
sangat efektif dan efesien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh
maupun jarak dekat, seperti di dalam lingkungan perkantoran, tempat pendidikan,
atapun instansi terkait.
Pada awalnya internet adalah suatu jarangan komputer yang dibentuk oleh Departemen Amerika Syarikat pada awal tahun 60 an, pada waktu itu mereka mendemonstrasikan bagaimana dengan hardware dan software komputer berdasarkan UNIX yang boleh melakukan komunikasi dalam jarak yang tidak terhingga melalui saluran telepon.
Dulunya internet dikenal sebagai suatu wadah bagi para peneliti untuk saling bertukar informasi yang kemudian dimanfaatkan oleh perusahaan komersil sebagai kemudahan bisnes mereka, dan pada saat ini pengguna internet tersebar di seluruh dunia telah mencapai jumlah lebih dari dua ratus lima puluh juta orang, dan jumlah itu masih akan terus bertambah lagi.
Bertambahnya jumlah pengguna yang mengakses internet tersebut memang sangat wajar sekali, saat ini internet bukan hanya digunakan sebagai kemudahan komunikasi atau pun kemudahan untuk mencari informasi sahaja, tetapi juga telah digunakan sebagai alat untuk mencari wang. Harga tarif akses internet pada saat ini juga telah lebih murah jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu dan pengguna akses internet kebanyakkannya bukan hanya orang yang berada di kota sahaja, malah orang yang tinggal di kawasan luar bandar juga dapat mengakses internet.

rujukan : Wikipedia
Ahad, 15 Januari 2012
Takrifan dan Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.
Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.

Rujukan
Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH & Nurhayati Safwanah Durahman
sumber:http://sabahthroughus.blogspot.com/2009/07/definisi-teknologi-maklumat-dan.html
Sabtu, 14 Januari 2012
Kelebihan Penggunaan ICT dalam Pendidikan
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.
Teknologi maklumat iaitu sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

sumber:pendidikan-ict.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)