Pengalaman pertama saya
dalam mengakses maklumat melalui internet ialah semasa berusia 11 tahun. Ketika itu saya tidak mempunyai komputer riba
secara peribadi sebaliknya saya mula mengakses internet di sekolah. Kelas tersebut diajar oleh seorang guru wanita
yang bernama Cik Shahreen. Pada mulanya saya diajar untuk mengenali internet
explore yang dijadikan enjin carian bagi mencari pelbagai maklumat. Maklumat
pertama yang telah saya akses ialah berdasarkan tajuk tugasan yang telah
ditentukan oleh guru saya. Maklumat yang perlu diakses ialah tentang teknik
menghasilkan kad hari ibu. Pada mulanya berlaku pelbagai salah tafsiran
maklumat kerana kekurangan kemahiran
mencari maklumat. Namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru, saya telah dapat
mencari maklumat tentang tajuk tersebut daripada beberapa laman, antaranya ialah http://praskus.blogspot.com, http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_rencana&file
dan http://www.google.com.my/mother's+day+card&btnG.
Pada
ketika itu saya telah terfikir bahawa pencarian maklumat melalui kaedah
mengakses di internet merupakan satu kaedah pencarian yang sangat efektif dan
cepat. Pelbagai jenis kad hari ibu telah saya akses daripada internet antaranya:
Contoh kad hari ibu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan